Tempoh Sah Prepaid OneXoX


Tempoh sah yang terkumpul membolehkan prepaid onexox memberikan anda tempoh sah prabayar yang lebih panjang. Contoh anda top up dengan nilai RM30 maka tempoh sah adalah 30 hari. Katakan tempoh sah tersebut tamat pada tarikh 31.3.2015. Tetapi anda top up lagi sebanyak RM10 pada 20.3.2015. Oleh itu tempoh sah sebanyak 10 hari akan terkumpul dari tarikh 1.4.2015 hingga ke tarikh 10.4.2015

 Dua cara bagi mendapatkan lanjutan tempoh sah sehingga 28 bulan bersamaan 2 tahun 4 bulan iaitu melanggan sim pek permulaan atau nombor baru. Kemudian top up sebanyak denominasi RM50 sekaligus dalam tempoh sebulan dari tarikh aktif sim kad baru anda.
Cara kedua ialah dengan mendaftar dengan mengekalkan nombor lama anda. Secara otomatik tempoh sah lanjutan akan diberikan kepada nombor tersebut. 


RM5 untuk tempoh sah 5 hari
RM10 untuk tempoh sah 10 hari
RM30 untuk tempoh sah 30 hari
RM50 untuk tempoh sah 50 hari

0 comments:

Post a Comment