Famili & Rakan Untuk 10 Nombor Telefon

Terdapat kemudahan untuk Famili dan rakan terhad kepada 10 nombor telefon tidak kira dari mana-mana rangkaian boleh dimasukkan ke dalam senarai ini. Ia juga dikenali dengan FnF iaitu Family and Friend. Ia boleh menggunakan samada akaun DA atau MA. Jika famili dan rakan anda telah menggunakan prepaid onexox tidak di galakkan mendaftar di FnF sebab panggilan dan sms sesama rangkaian (onexox) memang dah murah. Masukkan nombor famili dan rakan yang menggunakan rangkaian lain seperti Umobile, Digi, Maxis, TM dan sebagainya.

Kadarnya lebih murah seperti berikut:
SMS hanya sebanyak 2 sen.

Durasi masa panggilan dari 1-30 saat sebanyak 6 sen dan durasi masa dari 31-60 saat sebanyak 6 sen juga.
Cara daftar nombor boleh menggunakan SMS iaitu
taip :
Fnf  ADD  <No Telefon> hantar ke 22111  Contoh: Fnf  ADD  010-300XXXX

Satu lagi cara untuk memasukkan no FnF ini dengan melalui laman web Self Care. Anda juga boleh mengemas kini profil atau melihat itimized bill panggilan dan sms yang telah anda gunakan.





0 comments:

Post a Comment