Tempoh Sah Prepaid OneXoX


Tempoh sah yang terkumpul membolehkan prepaid onexox memberikan anda tempoh sah prabayar yang lebih panjang. Contoh anda top up dengan nilai RM30 maka tempoh sah adalah 30 hari. Katakan tempoh sah tersebut tamat pada tarikh 31.3.2015. Tetapi anda top up lagi sebanyak RM10 pada 20.3.2015. Oleh itu tempoh sah sebanyak 10 hari akan terkumpul dari tarikh 1.4.2015 hingga ke tarikh 10.4.2015

 Dua cara bagi mendapatkan lanjutan tempoh sah sehingga 28 bulan bersamaan 2 tahun 4 bulan iaitu melanggan sim pek permulaan atau nombor baru. Kemudian top up sebanyak denominasi RM50 sekaligus dalam tempoh sebulan dari tarikh aktif sim kad baru anda.
Cara kedua ialah dengan mendaftar dengan mengekalkan nombor lama anda. Secara otomatik tempoh sah lanjutan akan diberikan kepada nombor tersebut. 


RM5 untuk tempoh sah 5 hari
RM10 untuk tempoh sah 10 hari
RM30 untuk tempoh sah 30 hari
RM50 untuk tempoh sah 50 hari

Aplikasi OneXOX Untuk Smartphone (Apk)


Aplikasi ini akan menyimpan semua kod sms dan kod USSD untuk anda. Hanya klik apa yang anda mahu dari menu GUI . Sangat mudah dan akan menjimatkan banyak masa .
Ini adalah untuk OneXOX Malaysia prabayar sahaja dan merupakan sebuah aplikasi rasmi dari OneXOX. Untuk memasang cuma perlu search Onexox dalam google play smartphone anda. Paparan muat turun akan ditunjukkan.

Pelan Data | Internet Mudah Alih


Pelan Mobile Data promosi  1.5GB (1500MB) RM30 sebulan. Kod langganan SMS : 1XD1.5
hantar kepada 22111

Pelan data atau internet mudah alih (internet mobile data) tidak akan sedut kredit anda dalam diam jika langganan kuota data  telah habis. Jadi tiada risiko baki kredit anda akan hilang.

Menambah kuota data

Anda boleh menambah kuota data pada bila-bila masa semasa berada di dalam tempoh langganan sekiranya kuota data yang diperuntukkan tidak mencukupi. Kod SMS seperti di bawah.

1. Menambah sebanyak 100Mb data (RM5):
2. Menambah sebanyak 200Mb data (RM10):
3. Menambah sebanyak 300Mb data (RM15):
4. Menambah sebanyak 1Gb data (RM35):
SMS:
DATA<jarak>ADD<jarak>100  dan hantar ke 22111
DATA<jarak>ADD<jarak>200  dan hantar ke 22111
DATA<jarak>ADD<jarak>300  dan hantar ke 22111
DATA<jarak>ADD<jarak>1GB  dan hantar ke 22111

Famili & Rakan Untuk 10 Nombor Telefon

Terdapat kemudahan untuk Famili dan rakan terhad kepada 10 nombor telefon tidak kira dari mana-mana rangkaian boleh dimasukkan ke dalam senarai ini. Ia juga dikenali dengan FnF iaitu Family and Friend. Ia boleh menggunakan samada akaun DA atau MA. Jika famili dan rakan anda telah menggunakan prepaid onexox tidak di galakkan mendaftar di FnF sebab panggilan dan sms sesama rangkaian (onexox) memang dah murah. Masukkan nombor famili dan rakan yang menggunakan rangkaian lain seperti Umobile, Digi, Maxis, TM dan sebagainya.

Kadarnya lebih murah seperti berikut:
SMS hanya sebanyak 2 sen.

Durasi masa panggilan dari 1-30 saat sebanyak 6 sen dan durasi masa dari 31-60 saat sebanyak 6 sen juga.
Cara daftar nombor boleh menggunakan SMS iaitu
taip :
Fnf  ADD  <No Telefon> hantar ke 22111  Contoh: Fnf  ADD  010-300XXXX

Satu lagi cara untuk memasukkan no FnF ini dengan melalui laman web Self Care. Anda juga boleh mengemas kini profil atau melihat itimized bill panggilan dan sms yang telah anda gunakan.





Berjimat dengan OneXOX prepaid - DA dan MA

prepaid yang menjimatkan
Onexox prepaid memberikan penjimatan dengan adanya akaun yang unik iaitu DA dan MA. Apakah DA dan MA ini? DA ialah Dedikasi Akaun manakala MA ialah Main Akaun (akaun utama). Akaun DA untuk panggilan dan sms dengan kadar lebih rendah berbanding akaun MA Akaun MA ini dikhaskan untuk membayar langganan Mobile Data atau Internet. Sekiranya akaun DA telah kehabisan kredit maka baki yang ada pada akaun MA akan digunakan pula. Hanya baki pada akaun DA boleh di pindahkan ke akaun MA. Jika anda menggunakan banyak panggilan di dalam Malaysia, onexox prepaid memberikan banyak penjimatan.

Kod pindahan kredit DA ke MA:

Taip  TRNS<jarak> DA<jarak>AMAUN      contoh:  TRNS DA 20  ( hantar ke 22111 )

Pelan ini fleksi dan unik. Lihat pada imej di atas. Akaun DA
Untuk sms kadar 5 sen untuk rangkaian sama (onexox) dan 10 sen jika rangkaian lain.
Untuk panggilan, durasi masa 1-30 saat ialah 7 sen. Durasi masa 31-60 saat ialah 8 sen untuk rangkaian yang sama (onexox).
Manakala untuk panggilan ke rangkaian lain ialah 9 sen dari durasi masa 1-30 saat  dan 9 sen juga untuk durasi masa dari 31-60 saat. .Panggilan pendek bawah 10 saat hanya dicaj 5 sen.

Akaun MA
Untuk panggilan sama rangkaian (onexox) durasi masa dari 1-30 saat ialah 15 sen. Durasi masa dari 31-60 saat pula ialah 15 sen juga.
Untuk panggilan ke rangkaian lain durasi masa dari 1-30 saat ialah 16 sen. Durasi masa dari 31-60 saat pula ialah 16 sen juga.
Manakala kadar SMS ke rangkaian sama (onexox) ialah 10 sen dan kadar ke rangkaian lain ialah 15 sen.

Bagaimana pecahan denominasi apabila anda top up?
Seperti yang dapat di lihat di atas, untuk top up berharga RM50 jumlah ini di masukkan semua ke dalam akaun DA. Jika nak melanggan pelan data atau internet. Contoh pakej data 1.5G untuk RM30, maka buat transfer dari akaun DA ke MA sebanyak RM30 sahaja. Cara fleksi pindahkan mengikut keperluan anda.

Seterusnya top up RM30, sebanyak RM20 akan ke akaun DA dan RM10 ke akaun MA.
Top up RM10, sebanyak RM4 ke akaun DA dan RM6 ke akaun MA.
Top up RM5, sebanyak RM2 ke akaun DA dan RM3 ke akaun MA.

Contoh: anda top up RM10, pecahan RM4 ke DA dan RM6 ke MA. Nak langgan pelan data internet RM7 untuk sehari 250MB. Apa perlu buat ialah pindah (transfer) RM1 dari DA ke MA supaya akaun MA jadi RM7. Mudah saja. kemudian hantar sms untuk langgan pelan data tersebut. Taip 1XD250 hantar ke 22111