Berjimat dengan OneXOX prepaid - DA dan MA

prepaid yang menjimatkan
Onexox prepaid memberikan penjimatan dengan adanya akaun yang unik iaitu DA dan MA. Apakah DA dan MA ini? DA ialah Dedikasi Akaun manakala MA ialah Main Akaun (akaun utama). Akaun DA untuk panggilan dan sms dengan kadar lebih rendah berbanding akaun MA Akaun MA ini dikhaskan untuk membayar langganan Mobile Data atau Internet. Sekiranya akaun DA telah kehabisan kredit maka baki yang ada pada akaun MA akan digunakan pula. Hanya baki pada akaun DA boleh di pindahkan ke akaun MA. Jika anda menggunakan banyak panggilan di dalam Malaysia, onexox prepaid memberikan banyak penjimatan.

Kod pindahan kredit DA ke MA:

Taip  TRNS<jarak> DA<jarak>AMAUN      contoh:  TRNS DA 20  ( hantar ke 22111 )

Pelan ini fleksi dan unik. Lihat pada imej di atas. Akaun DA
Untuk sms kadar 5 sen untuk rangkaian sama (onexox) dan 10 sen jika rangkaian lain.
Untuk panggilan, durasi masa 1-30 saat ialah 7 sen. Durasi masa 31-60 saat ialah 8 sen untuk rangkaian yang sama (onexox).
Manakala untuk panggilan ke rangkaian lain ialah 9 sen dari durasi masa 1-30 saat  dan 9 sen juga untuk durasi masa dari 31-60 saat. .Panggilan pendek bawah 10 saat hanya dicaj 5 sen.

Akaun MA
Untuk panggilan sama rangkaian (onexox) durasi masa dari 1-30 saat ialah 15 sen. Durasi masa dari 31-60 saat pula ialah 15 sen juga.
Untuk panggilan ke rangkaian lain durasi masa dari 1-30 saat ialah 16 sen. Durasi masa dari 31-60 saat pula ialah 16 sen juga.
Manakala kadar SMS ke rangkaian sama (onexox) ialah 10 sen dan kadar ke rangkaian lain ialah 15 sen.

Bagaimana pecahan denominasi apabila anda top up?
Seperti yang dapat di lihat di atas, untuk top up berharga RM50 jumlah ini di masukkan semua ke dalam akaun DA. Jika nak melanggan pelan data atau internet. Contoh pakej data 1.5G untuk RM30, maka buat transfer dari akaun DA ke MA sebanyak RM30 sahaja. Cara fleksi pindahkan mengikut keperluan anda.

Seterusnya top up RM30, sebanyak RM20 akan ke akaun DA dan RM10 ke akaun MA.
Top up RM10, sebanyak RM4 ke akaun DA dan RM6 ke akaun MA.
Top up RM5, sebanyak RM2 ke akaun DA dan RM3 ke akaun MA.

Contoh: anda top up RM10, pecahan RM4 ke DA dan RM6 ke MA. Nak langgan pelan data internet RM7 untuk sehari 250MB. Apa perlu buat ialah pindah (transfer) RM1 dari DA ke MA supaya akaun MA jadi RM7. Mudah saja. kemudian hantar sms untuk langgan pelan data tersebut. Taip 1XD250 hantar ke 22111

1 comment: